FAQ Facial Recognition

Bil Soalan & Jawapan
1 Apakah Peranti Facial Recognition Thermal Scanner (FR)?
FR adalah peranti yang boleh melakukan proses imbasan untuk pengecaman wajah staf dan dalam masa yang sama memberikan bacaan suhu badan staf berkenaan
2 Apakah tujuan dipasang Peranti Facial Recognition Thermal Scanner di lokasi-lokasi terpilih dalam kawasan Universiti Malaya?
Peranti Facial Recognition Thermal Scanner akan berfungsi bagi tujuan melakukan automasi proses pengimbasan, mempermudahkan proses merekodkan kehadiran staf di pejabat (integrasi dengan Sistem Attendance) dan juga pengesanan pelawat yang datang melawat mana-mana lokasi di UM.
3 Saya melakukan imbasan wajah tetapi peranti mengecam saya sebagai staf lain. Apa tindakan saya perlu ambil?
Sila hubungi PIC untuk melakukan pendaftaran semula. Klik Senarai PIC
4 Saya melakukan imbasan wajah tetapi peranti tidak boleh mengecam saya. Apa tindakan saya perlu ambil?
Sila hubungi PIC untuk melakukan pendaftaran semula. Klik Senarai PIC
5 Bagaimana saya boleh tahu proses Clock-In saya telah berjaya?
Staf akan mendapat notifikasi yang memaklumkan proses Clock-In telah berjaya dari aplikasi UM Touch. Status Clock-In boleh juga disemak dalam UMPortal
6 Adakah Borang Pengisytiharan Kesihatan (Health Declaration Form) perlu dilengkapkan dahulu sebelum proses Clock-In melalui peranti FR? Jika tidak lengkapkan apa kesannya?
Ya perlu dilengkapkan. Jika tidak lengkap proses Clock-In tidak akan berjaya dan staf akan mendapat notifikasi dari aplikasi UM Touch untuk lengkapkan dahulu Borang Pengisytiharan Kesihatan (Health Declaration Form)
7 Adakah proses Clock-Out boleh juga dilakukan pada peranti FR ini?
Tidak boleh. Hanya proses Clock-In saja buat masa ini.
8 Adakah staf wajib melakukan proses Clock-In pada peranti FR setiap pagi?
Buat masa ini tidak wajib. Clock-In pada peranti FR hanya salah satu pilihan saja dan staf masih lagi boleh melakukan Clock-In pada PC atau imbas QR Code menggunakan aplikasi UM Touch
9 Saya mendapat notifikasi “Clock In Out of PTj” dari aplikasi UM Touch selepas proses imbasan. Apa perlu saya lakukan?
Sila hubungi PIC untuk melakukan semakan IP thermal dengan pihak PTM dan logkan aduan ke sistem helpdesk. Klik Senarai PIC
10 Adakah saya perlu lakukan Clock In pada peranti FR untuk Kerja Lebih Masa (OT) atau bekerja pada hari cuti umum?
Tidak perlu. Buat masa ini Clock In untuk Kerja Lebih Masa (OT) atau bekerja pada hari cuti umum boleh dilakukan pada PC sahaja.

Last Updated: 30/04/2021