+603 7967 4645 / 6907 / 6921 asia_euro@um.edu.my

Tingkatkan Peranan ASEAN Untuk Menghadapi Cabaran, Kata Marty Natalegawa

Home

Asia-Europe Conference 2017 Press Coverage

Tingkatkan Peranan ASEAN Untuk Menghadapi Cabaran, Kata Marty Natalegawa

BERNAMA • By Nabilah Salleh - August 3, 2017

Bekas Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- ASEAN perlu meningkatkan peranan, fungsi dan keberkesanannya ke tahap lebih tinggi untuk menghadapi cabaran global masa depan selari dengan kematangan pertubuhan yang menyambut ulang tahun ke-50 bulan ini, kata bekas Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa.

Marty berkata, melalui Sekretariat ASEAN berpusat di Jakarta, keperluan itu dilihat amat penting untuk dilaksanakan dalam memenuhi jangkaan tuntutan globalisasi yang semakin meningkat serta dalam membangunkan daya tahan serantau berdepan ketidakpastian ekonomi dunia dan senario geo-politik.

"Selama 50 tahun penuh dengan penyatuan menakjubkan dan melakar kejayaan luar biasa. Bagaimanapun, apa dilakukan badan serantau pada masa ini (mungkin) dilihat sekadar berfungsi sebagai mengadakan 'mesyuarat dan acara' bagi mencari penyelesaian berkaitan isu yang diperbincangkan.

"Ia satu pendekatan terbatas kerana kejadian tidak disangka berlaku hampir sertiap hari untuk ASEAN bertindak dan memberi maklum balas segera.

"Justeru, ASEAN perlu sedikit lebih relevan, bukan sekadar mempunyai dokumen Wawasan ASEAN 2025 (mengandungi tiga tonggak utama ASEAN) yang tebal semata-mata. ASEAN perlu bekerja lebih keras," katanya.

Sumber asal: BERNAMA

Last Updated: 27/02/2020