Welcome to Faculty of Dentistry

Special Care Dentistry Clinic

KLINIK PERGIGIAN PENJAGAAN KHAS (SPECIAL CARE DENTISTRY CLINIC)
Tingkat 3, Menara Pakar Pergigian dan Penyelidikan (MPP),
Fakulti Pergigian, Universiti Malaya
50603, Kuala Lumpur.

Fungsi dan Perkhidmatan Klinik

Klinik Pergigian Penjagaan Khas (PPK) atau “Special Care Dentistry” Clinic (SCD Clinic) PPK/ SCD adalah satu bidang pengkhususan pergigian yang mengendalikan rawatan kesihatan mulut pesakit berkeperluan khas (special needs patients) disebabkan oleh salah satu daripada masalah di bawah ataupun secara kombinasi;

  • intelektual
  • fizikal
  • psikatrik
  • perubatan

Klinik ini ditubuhkan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar pergigian untuk mengendalian rawatan pergigian pesakit yang berkeperluan khas.

Rawatan pergigian yang diberikan adalah sama seperti di klinik pergigian am (dengan temujanji - contohnya rawatan tampalan pergigian, cabutan, gigi palsu dsb.) tetapi dengan aplikasi teknik untuk mengawal tingkahlaku semasa rawatan pergigian termasuklah rawatan bius am dan setempat di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Contohnya ialah pesakit;

  • sindrom Down,
  • autisma,
  • "cerebral palsy",
  • "dementia",
  • kanser mulut,
  • kecacatan fizikal (disebabkan kecederaan atau penyakit saraf)

Fokus Klinik PPK/SCD

Pesakit berkeperluan khas kebanyakkannya memegang kad orang kurang upaya (OKU), namun ini bukan syarat utama untuk menerima rawatan di klinik PPK.

  • Pesakit berkeperluan khas berumur 17 tahun dan ke atas. Pesakit yang berumur 16 tahun dan ke bawah boleh menerima rawatan di Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Tingkat 3, Menara Pakar Pergigian dan Penyelidikan (MPP), Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.
  • Hanya pesakit yang mempunyai kesukaran menerima rawatan di klinik pergigian am atau klinik pelajar sahaja yang diterima untuk mendapat rawatan di klinik PPK/SCD.
  • Rujukan kepada pakar adalah daripada kalangan pesakit dengan masalah ketidakupayaan dan perubatan yang kompleks serta pengambilan ubat-ubatan berbilang.

For Special Care Dentistry Video--> Click here