WELCOME TO Centre for Civilisational Dialogue WEBSITE

Cabaran Mantik Kepada Muslim

Cabaran Mantik Kepada Muslim

Penulis  :   Shaharir Mohamad Zain
Tahun   :   2019
Penerbit  :   Pusat Dialog Peradaban
ISBN  :  978-983-3070-53-4
Halaman  :   106
Format  :   Paperback
Harga  :   RM 50.00

Ringkasan:

Mantik, atau nyaya/hetuwidya sebelum abad ke-14 M, dan lojik mulai abad ke-20 (logik/logika mulai 1974) ialah satu daripada mercu ilmu dalam bahasa Malayu/Melayu (“tamadun Melayu”) atau yang distilahlah dalam buku ini sebagai Tamadun Malayonesia. Buku ini buku pertama yang memerihalkan mantik Malayonesia yang terdiri daripada silogisma-pantunan, mantik budi, dan mantik moga-moga yang dislamkan menjadi mantik insya Allah. Setiap satu mantik ini ditunjukkan masih belum berstruktur matematiknya sehingga menjadi cabaran kepada sarjana Muslim. Buku ini juga dipercayai yang pertama adanya perihal secara kritisnya beberapa jenis mantik Barat sehingga memberi cabaran kepada orang Islam supaya menilai keserasiannya dengan nilai Malayonesia-Islam; sekali gus menunjukkan bahawa mantik juga sarat nilai dan budaya bangsa.  Mantik itu termasuklah mantik hitam-putih yang tiada kompromi, mantik hitam-putih-kelabu (mantik Brouwer) yang  berkompromi dan lebih sesuai dan adil untuk banyak situasi termasuklah dalam pembicaraan di mahkamah sivil dan syariah, dan mantik pancanilai yang bukan sahaja muncul dalam sains komputer tetapi berpotensi sesuai diterapkan dalam pembuat keputusan berasaskan lima kategori hukum Islam. Mantik  Barat yang tidak kurang mencabar sarjana Muslim ialah mantik ketakpastian berasaskan kebarangkalian klasik, kebarangkalian quantum, kemungkinan Zadeh, dan mantik gegerak hatiwan atau wijdanis/intuisis Heyting. Buku ini juga mengadungi tiga jenis mantik asli Tamadun Islam (mantik burhan, mantik jihah dan mantik al-Katibi) yang dibicarakan secara perbandingan dengan mantik Barat yang hampir dengannya, iaitu mantik  dua-nilai deduksi, mantik ragam, mantik tempohan  dan mantik deontik yang berakhir dengan cabaran kepada sarjana Muslim untuk menjelaskan lagi pengabaian Barat terhadap mantik burhan dan mengkontemporerkan mantik jihah dan mantik al-Katibi sehingga dapat menyaingi mantik Barat itu.

Ingin dapatkan buku ini? Hubungi 03-79677790 (Puan Rozita) atau emel kepada dialog@um.edu.my untuk pembelian.

**Pihak penerbit berhak untuk menukar harga pada bila-bila masa