![]() | ![]() | ![]() |
Majlis Ramah Mesra & Menyusuri Jejak Ilmu Profesor DiRaja Ungku Aziz 23 April 2025 Anjuran Bersama Akademi Pengajian Melayu (APM) dan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC).
Pada 23 April 2025, satu majlis istimewa bertajuk "Majlis Ramah Mesra & Menyusuri Jejak Ilmu Profesor DiRaja Ungku Aziz" telah berlangsung dengan jayanya hasil anjuran bersama Akademi Pengajian Melayu (APM) dan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC).
Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, YBhg. Dato' Sri Mustapa Mohamed, Penasihat UAC, serta turut disertai oleh Dekan APM, Profesor Madya Dr. Sabzali Musa Kahn. Sebelum majlis utama berlangsung, beliau telah merasmikan Pameran Seni Miniatur Citra Budaya & Warisan yang memaparkan keunikan budaya serta warisan bangsa melalui karya seni yang halus dan bermakna.
Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra yang turut diserikan dengan perkongsian pengalaman dan kenangan bersama Almarhum Profesor DiRaja Ungku Aziz oleh Anggota Lembaga ANGKASA, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan. Perkongsian ini menyentuh hati dan memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang sumbangan besar Almarhum dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Acara turut menampilkan tayangan video khas bertajuk "Tribute to Ungku Aziz" yang mengimbau jasa dan pengorbanan beliau, serta persembahan nyanyian dan deklamasi sajak yang menggamit emosi hadirin. Kesemua tetamu turut menikmati juadah Aidilfitri yang disediakan oleh pihak penganjur dalam suasana yang penuh mesra dan harmoni.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga majlis seumpama ini terus menjadi platform memperingati tokoh besar negara serta menyemarakkan semangat untuk meneruskan legasi ilmu dan perjuangan Profesor DiRaja Ungku Aziz.
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |