• Welcome to UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo


Seluruh warga kakitangan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Datin Profesor Dr. Suhaiza Hanim Dato’ Mohd Zailani, FASc

Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC)

atas penerimaan Anugerah Cemerlang Universiti Malaya Tahun 2024

bagi kategori Penyelidik Sitasi Tertinggi (Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan).

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan berprestij terhadap kecemerlangan penyelidikan Datin Profesor dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sumbangan beliau yang konsisten dan berimpak tinggi bukan sahaja mengharumkan nama Universiti Malaya, malah turut membanggakan seluruh warga UAC.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dan pemangkin kepada kecemerlangan akademik serta penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tahniah dan syabas daripada seluruh warga UAC!

Highlights