pengarah_ppp_ippp@um.edu.my

Graduate Research Assistant (GRA) Scheme

1.         TUJUAN

 

Terma dan rujukan ini adalan sebagai panduan kepada tawaran Penolong Penyelidik Siswazah untuk diterimapakai di Universiti Malaya.

 

 2.        TAKRIF 

           

Merujuk kepada pelajar ijazah tinggi (warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya dan ditawarkan wang saku oleh projek penyelidikan.

                                                                       

3.         TAWARAN

3.1       Tawaran ini adalah diberi kepada pelajar ijazah tinggi (warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya.

3.2       Tempoh tawaran dan pelanjutan adalah bergantung kepada ketetapan dalam geran penyelidikan.

4.         WANG SAKU

4.1       Julat bayaran wang saku ditetapkan sebanyak RM1000.00. Maka kadar stipend adalah diantara RM1000.00 hingga RM2000.00.                      

 

    1. Bayaran wang saku hendaklah dibuat di bawah peruntukan vot 11000. Peruntukan dalam vot 11000 geran penyelidikan hendaklah mencukupi bagi tujuan pembayaran wang saku.

    1. Calon yang ditawarkan penolong penyelidik siswazah dan menerima wang saku daripada geran penyelidikan tidak boleh dibayar atau menerima bantuan kewangan daripada mana-mana sumber peruntukan lain/ penganjur.

    1. Calon BOLEH dipertimbangkan wang saku MELEBIHI daripada julat yang dibenarkan tertakluk kepada:

 

    1. Kelulusan dan syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh pihak pemberi dana atau kelulusan Penolong Naib Canselor (P&I) IPPP.

 

    1. Baki semasa vot 11000 bagi peruntukan geran penyelidikan yang diluluskan adalah mencukupi untuk membiayai gaji sepanjang tempoh tawaran calon.

 

    1. Justifikasi kenaikkan jumlah wang saku daripada Ketua Penyelidik.

5.          KOS OPERASI

 

Ketua Penyelidik adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kos operasi bagi penawaran calon adalah mencukupi. Bagi memastikan pengurusan penyelidikan yang efektif, Ketua Penyelidik diminta untuk membuat pengiraan yang tepat bagi pembayaran wang saku kepada calon dengan mematuhi garis panduan pemberi dana.

 

 

6.         PEMBAYARAN WANG SAKU

 

6.1       Bayaran wang saku bulanan kepada Penolong Penyelidik Siswazah akan mengikut Jadual Pembayaran Gaji yang dipaparkan dalam portal UM atau di laman web Penyelidikan UM.

6.2       Ini bermaksud, hanya Akuan Penerimaan Tawaran dan penamatan yang diterima sebelum dari tarikh hari pembayaran gaji akan diproses oleh IPPP.  Selepas daripada tempoh tersebut, wang saku akan diproses pada bulan berikutnya. Ini adalah kerana sistem pembayaran gaji sumber manusia Universiti adalah digunakan untuk pemprosesan dan bayaran wang saku.

6.3       Penolong Penyelidik Siswazah boleh dipertimbangkan untuk pembayaran wang saku secara tunggakan tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh surat tawaran.

6.4       Sebarang pembayaran tunggakan yang melebihi 3 bulan Ketua Penyelidik adalah diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak IPPP dengan segera.

7.         PROSEDUR PERMOHONAN, PENERIMAAN TAWARAN, DAN PELANJUTAN

 

7.1       Permohonan untuk menawarkan Penolong Penyelidik Siswazah hendaklah dikemukakan oleh Ketua Penyelidik melalui sistem atas talian UMPortal, Research Assistant Recruitment System (RARS). Pemprosesan dan kelulusan akan dijalankan secara atas talian mengikut carta aliran berikut:

 

  

7.2       Surat Tawaran akan disediakan oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (P&I) dan ditandatangan oleh Penolong Naib Canselor (P&I), IPPP.

7.3       Calon perlu mengembalikan surat penerimaan tawaran beserta senarai semak yang lengkap.

           

File Download
Guideline GRA (Malay Version)                          Download
 


Contact Details


Institute of Research Management & Services (IPPP),
Level 7, Research Management & Innovation Complex,
University of Malaya,
50603 Kuala Lumpur.

Telephone:+603-79674525
Email: pen_ippp@um.edu.my
Website: umresearch.um.edu.my