• Welcome to SPORTS CENTRE
  • khidmatsukan@um.edu.my
  • 03-7967 3520
logo
logo
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,  
BORANG PENCALONAN ANUGERAH SUKAN UNIVERSITI MALAYA (ASUM) 2024    
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.    
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan Universiti Malaya akan menganjurkan Anugerah Sukan Universiti Malaya (ASUM) 2024 yang akan berlangsung pada 08 Mei 2025 di Dewan Tuanku Canselor (DTC).    
3.         Sehubungan itu, Pusat Sukan memohon kerjasama YBrs. Dr./tuan/puan untuk menghantar pencalonan berdasarkan kategori yang disenaraikan sebelum atau pada 12 MAC 2025 (RABU). Sila imbas kod QR untuk mendapatkan Garis Panduan, Senarai Kategori dan Borang Pencalonan Anugerah seperti lampiran. Pihak Sekretariat tidak akan menerima sebarang pencalonan selepas tarikh tutup tersebut.    
 4.         Segala perhatian dan kerjasama daripada YBrs. Dr./ tuan/ puan dalam perkara amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Akmal bin Md Zain dan Akmal Syarifuddin bin Ahmad di talian 03-7967 3520.
..................................................
Jawatankuasa Anugerah
Anugerah Sukan Universiti Malaya (ASUM) 2024

Highlights