• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Pengenalan


Pada 18 Jun 1999, Perpustakaan Undang-undang telah dinamakan sebagai Perpustakaan Undang-undang Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim dalam menghargai sumbangannya kepada Fakulti Undang-undang dan Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya.

Sejak penubuhan pada tahun 1959, Perpustakaan Utama mula memperolehi bahan perundangan bersama koleksi umum dan disiplin lain. Walau bagaimanapun, pada tahun 1972, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya telah menjadi sekolah undang-undang pertama di negara ini. Semua  sumber bahan  perundangan telah dipindahkan ke bangunan Perpustakaan Undang-undang yang baru yang terletak bersebelahan dengan Fakulti Undang-undang.

 

Koleksi Perpustakaan Undang-Undang adalah yang terbesar dan paling komprehensif di Malaysia. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 126,000 naskhah. Koleksi tersebut dibahagi dan disusun mengikut jenis dan liputan tertentu

  • Koleksi Malaysiana

Bahan bacaan undang-undang tempatan mengenai Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia dan diterbitkan di dalam atau di luar negara, terdiri daripada kedua-dua sumber primer dan sekunder seperti perundangan, kes undang – undang, warta kerajaan, perbahasan parlimen, buku teks, dan soalan peperiksaan.

  • Koleksi Buku Teks

Buku teks meliputi pelbagai topik undang-undang dan bidang kuasa disusun mengikut kod topik. Kod topik ada dipapar untuk panduan pengguna.

  • Koleksi Bacaan Bebas

Bahan-bahan dalam koleksi ini terdiri daripada bahan bacaan ringan meliputi fiksyen, pengetahuan am, kesihatan, psikologi dan motivasi.

  • Koleksi Braille

Terdapat hampir 300 judul bahan dalam format Braille yang boleh digunakan oleh pelajar istimewa.

  • Koleksi Rujukan

Koleksi ini hanya boleh digunakan di dalam Perpustakaan sahaja. Koleksi ini terdiri daripada buku-buku rujukan seperti ensiklopedia, kamus, buku panduan, Halsbury, digest, maxim, buku tahunan, abstrak, “citators” dan indeks.

  • Koleksi Laporan Undang-undang Negara Komanwel & Bukan Komanwel

Koleksi ini terdiri daripada kes-kes mahkamah dari pelbagai negara komanwel di antaranya India, Pakistan, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

  • Koleksi Akses Tertutup

Koleksi ini hanya boleh diakses oleh kakitangan Perpustakaan sahaja. Ia terdiri daripada tesis dan disertasi, latihan ilmiah, kertas persidangan yang telah diterbitkan , tidak diterbitkan dan bahan helai cerai.

  • Koleksi Jurnal

Koleksi jurnal berjilid dan jurnal kini bukan tempatan ditempatkan di sini. Jurnal disusun mengikut judul dan senarai jurnal ada disimpan di Kaunter Perkhidmatan di Aras Bawah.

  • Koleksi Teras Akademik

Koleksi ini diletakkan bersama-sama dengan Koleksi Akses Tertutup. Ia merupakan senarai bacaan yang dicadangkan oleh pensyarah untuk rujukan pelajar dan boleh dipinjam untuk tempoh tiga (7 ) hari.

  • Koleksi Undang-Undang Antarabangsa

Sumber-sumber yang berkaitan dengan perjanjian dan bahan-bahan yang berkaitan dengan perundangan mahkamah dan tribunal antarabangsa, dokumentasi rasmi dan tulisan-tulisan ilmiah dalam undang-undang antarabangsa, termasuk penerbitan dan jurnal serta maklumat mengenai panduan penyelidikan, buku teks dan penerbitan dari United Nation.

  • Koleksi Sumber Elektronik

Perpustakaan melanggan pangkalan data dalam pelbagai bidang pengajian. Pangkalan data ini boleh diakses menerusi laman A-Z Online Databases di https://umlibguides.um.edu.my/az.php


 
  • Bilik Perbincangan

Empat (4) buah bilik perbincangan yang boleh menampung lapan orang pengguna boleh digunakan pada bila-bila masa. Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Informasi di Aras Bawah untuk tempahan.

  • Fotokopi

Kemudahan membuat salinan boleh didapati di Aras 1. Pengguna diingatkan bahawa kebenaran membuat salinan bahan perpustakaan adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta Malaysia 1987. Kemudahan fotokopi layan diri juga terdapat di Aras Bawah dan Aras Satu.

  • Karel

Terdapat dua belas (12) buah karel untuk pelajar ijazah Tinggi secara harian. Pelajar yang berminat adalah dinasihatkan untuk menempah di Kaunter Informasi.

  • Komputer

Terdapat 5 buah komputer bagi kemudahan pengguna untuk mengakses sumber elektronik perpustakaan dan membuat pencarian .

  • Loker / Rak Menyimpan Beg

Pengguna boleh menyimpan barangan mereka di sini. Namun, pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barang yang disimpan di loker tersebut

  • Bilik Moot

Bilik Moot merupakan kemudahan terkini untuk kegunaan pelajar membuat persediaan bagi pertandingan MOOT.

  • Ruang Membaca

Kemudahan ini disediakan di setiap aras. Terdapat ‘Zon Senyap’ di Aras 2 sebagai memenuhi permintaan pelajar bagi tempat yang senyap untuk mengulangkaji.

  • Akses Wifi

Premis perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan wifi. Pengguna perlu mendaftar dengan Pusat Teknologi Maklumat sebelum boleh mengguna kemudahan ini.

 

 

Tempahan Bilik


Bilik Karel
Bilik Perbincangan
Bilik Fakulti
Bilik Seminar


Ruang Bebas


Ruang Bacaan Bebas
Sudut TV


Sudut TV
Pintu masuk perpustakaan


Kaunter Perkhidmatan


Ruang Belajar Berkumpulan dan Individu



Sokongan ICT













Polisi Pinjaman

Dasar ini terpakai kepada Perpustakaan Undang-undang sahaja. Sila rujuk polisi pinjaman dan kelayakan di perpustakaan utama, perpustakaan perubatan dan laman web perpustakaan khas.



No.Kategori KeahlianKoleksi Rak TerbukaKoleksi Teras AkademikDenda Lewat Pemulangan
1.Ijazah Dasar2 bahan / 14 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
2.Ijazah tinggi2 bahan / 14 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
3.Lembaga- Undang-undang4 bahan / 7 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
4.Kehormat- Undang-undang4 bahan / 7 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
5.Pengajar5 bahan  / 30 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
6.Pegawai UM4 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
7.Pensyarah (Separuh masa)2 bahan / 14 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
8.Pensyarah Undang-undang ( Separuh masa)5 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
9.Pensyarah Undang-undang ( Sepenuh masa)20 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
10.Pensyarah Pelawat4 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
11.Pelajar Tahun Akhir Ijazah Dasar Undang-undang2 bahan / 14 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari
12.Staf Sokongan ( Perpustakaan)1 bahan / 7 hari1 bahan / 7 hariRM0.50 / hari





 


The Team


NamaJawatanEmelNo.TelefonImej Profil
Mohammed Zaki Abd RahmanPustakawan Kananmzaki@um.edu.my +60379676583
Manimala ThavandranPustakawanmanimala@um.edu.my  +60379676583
Faiz Ahmed SupianPembantu Pustakawanfaiz8p@um.edu.my  +60379676519
Kamaruzzaman IbrahimPembantu Pustakawankamaruzz@um.edu.my +60379676514
Amir Nazim YahyaPembantu Pustakawanamirnazim@um.edu.my +60379676518
Azahari AdamPembantu Pustakawanayee@um.edu.my +60379676514
Mohd Rizuan HamzahPembantu Pustakawanmrizuan@um.edu.my +60379676514
Kanagaraja ManerajoPembantu Pustakawankanagaraja@um.edu.my +60379676514
Mohd Faridzul IshakPembantu Pustakawanfaridzul@um.edu.my +60379676518
Mohd Hafis JumaatPembantu Pustakawanhafis@um.edu.my +60379676514
Abdul Rahman AhmadPembantu Pustakawanpanjang@um.edu.my +60379676514
Noor Maziah MohamadPembantu Pustakawannoormaziah@um.edu.my +60379676584
Alifah Azhani LatifPembantu Pustakawanhairullizam82@um.edu.my +60379676584
Hairullizam RosliPembantu Pustakawanalifah@um.edu.my +60379676584
Hanim Ab ManafPembantu Tadbirhanim@um.edu.my +60379676568
Mohamad Shaifulnizam Md AnuwarPembantu Operasiapol@um.edu.my +60379676514



Alamat

Perpustakaan Undang-Undang Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim,
Fakulti Undang-Undang,
Universiti Malaya,
50603 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.
No.Tel: +603-7967 6568
Faks: +603-7967 6517



WAKTU PEMBUKAAN 

  • Isnin-Jumaat8:00 - 20.00
  • Sabtu-Ahad9:00 - 16:00
  • Cuti UmumTutup



Last Update: 30/04/2025