Tapir merupakan mamalia yang mempunyai kepentingannya tersendiri terhadap ekosistem dan biodiversiti hutan. Amat menyedihkan apabila populasi tapir di Malaysia kini semakin terancam disebabkan oleh pembangunan pesat dan aktiviti manusia yang kian merancak. Adakah kita peduli akan kewujudan haiwan ini di persekitaran semula jadinya dan mungkinkah nasibnya sama seperti badak sumbu Sumatera yang telah pupus daripada khazanah Malaysia? Marilah kita mengenali haiwan unik ini agar populasinya terus terpelihara. | ![]() |
Pautan: Tapir Malaya: Khazanah Alam Kian Terancam
PM Dr Saharuddin Mohamad
Ketua ISB