Program pemindahan ilmu projek MRUN Universiti Malaya- Sustainable Gardening Campaign (UM-SGC) telah diadakan bagi memberi pengetahuan dan perkongsian maklumat kepada penduduk Bayview Court, Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur yang sedang dalam usaha menubuhkan sebuah kebun komuniti ‘Green Bayview Garden’. UM-SGC merupakan anjuran Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) di bawah Program MRUN diketuai Dr. Rosazlin Abdullah turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Local agenda 21 (LA21), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Program ini dirasmikan oleh dirasmikan oleh Encik Nor Shah Mohamed, Setiausaha Bahagian Perancangan Dasar, Kementerian Wilayah Persekutuan. Program ini juga dijayakan dengan kehadiran sukarelawan iaitu pensyarah-pensyarah Institut Sains Biologi. Inisiatif UM ini dapat membantu pelaksanaan kebun bandar secara lestari oleh komuniti di Lembah Pantai bagi memastikan aktiviti ini dlaksanakan secara berterusan dengan menerapkan kaedah berkebun mesra alam dan mampan. |
![]() |
PM Dr Saharuddin Mohamad
Ketua ISB