Hakikatnya, penebangan hutan atau deforestasi yang semakin berleluasa di seluruh dunia bukan sahaja menyumbang kepada kehilangan kepelbagaian biodiversiti, tetapi turut memberi impak negatif kepada alam sekitar. Contoh-contoh impak negatif kepada alam sekitar ialah seperti meningkatkan intensiti pelepasan gas rumah kaca, kebakaran hutan, kitaran air terganggu dan peningkatan hakisan tanah. Perkara ini memberi petanda besar sudah tiba waktunya untuk kita mengetengahkan agenda menyelamatkan hutan sedia ada selaras dengan aktiviti penanaman pokok, dalam usaha menangani perubahan iklim. | ![]() |
Pautan: Alam ini, tanggungjawab kita
PM Dr Saharuddin Mohamad
Ketua ISB