WELCOME TO CENTRE FOR CIVILISATIONAL DIALOGUE WEBSITE

Islam dan Dialog Peradaban : Satu Perspektif

Islam dan Dialog Peradaban : Satu Perspektif

 Penulis  :   Azizan Baharuddin
 Tahun  :   2005
 Penerbit  :   Pusat Dialog Peradban
 ISBN  :   983-3070-08-6
 Halaman   :   177
 Format  :   Paperback
 Harga  :   Rm 20.00   Rm 18.00

Ringkasan :

Buku ini adalah hasil pembentangan kertas-kertas kerja yang telah disampaikan di dalam dua di Perbincangan Meja Bulat tentang Perspektif Tamadun Islam mengenai Dialog Peradaban yang telah diadakan 23 disember 2003 dan 23 Disember 2004. Kedua-dua dialog ini bertujuan untuk membincangkan satu isu yang patut dilihat amat penting diberi perhatian oleh Umat Islam bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga diseluruh dunia. Seperti yang kita semua sedia dimaklumi detik sejarah yang telah menjadi pencetus kepada berkemuncaknya krisis yang melanda Umat Islam kini, ialah peristiwa September 11 atau pun yang sering disebut di dalam bahasa Inggerisnya "nine-eleven". Masyarakat hari ini amat biasa dengan segala macam buruk sangka, tohmahan dan proses pemburukan serta pemomokan Umat Islam sendiri kelihatan seolah-olahnya tidak dapat berbuat apa-apa yang konkrit. Namu semua juga sedia maklum bahawa berubah atau tidaknya nasib umat buat masa akan datang amatlah bergantung kepada samada umat/hari ini boleh dan mahu merangka strategi-strategi yang ampuh dan berkesan. Dalam konteks ini satu dimensi yang mungkin belum benar-benar diberi perhatian adalah aspek penjalinan dan pemeliharaan "hubungan" yang berlandaskan keamanan dan keharmonian di antara Umat Islam dan yang bukan Islam.

Ingin dapatkan buku ini? Hubungi 03-79675697 (Puan Rozita) atau emel kepada dialog@um.edu.my untuk pembelian.

**Pihak penerbit berhak untuk menukar harga pada bila-bila masa