(6)0379673418 | (6)0379677269 bestari@um.edu.my

TAHNIAH SAUDARI AININ, PENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA SESI 2019/2020

Home / News

Warga Kolej Kediaman Bestari ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Saudari Siti Nurainin Nabillah Binti Mohd Azman atas penganugerahan beliau bagi Anugerah Pelajaran Diraja sesi 2019/2020 atas pencapaian cemerlangnya dari segi akademik dan juga kokurikulum. 

Untuk makluman semua, beliau merupakan bekas Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Bestari dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Dalam masa yang sama, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Speaker Sekretariat Presiden Kolej Kediaman (SPKUM). 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau. Semoga Saudari Ainin akan terus cemerlang dan menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara pada masa akan datang. 

#JTK4thlah
#UMisOne

Last Updated: 30/10/2020