Warga Kolej Kediaman Bestari ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Saudara Aiman Syafiq Bin Nazri kerana terpilih sebagai penerima Hadiah Alumni University of Malaya (Singapore) sesi 2019/2020 atas pencapaian cemerlangnya dari segi akademik dan juga kokurikulum.
.
Untuk makluman semua, beliau merupakan bekas Timbalan Presiden Jawatankuasan Tindakan Kolej Kediaman Bestari dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Beliau juga turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah bagi beberapa buah projek seperti 𝘉𝘦𝘴𝘵𝘢𝘳𝘪 𝘌𝘯𝘨𝘭𝘪𝘴𝘩 𝘛𝘩𝘦𝘢𝘵𝘳𝘦 𝘈𝘱𝘱𝘳𝘦𝘤𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘩𝘰𝘸𝘤𝘢𝘴𝘦 (BETAS), 𝘉𝘦𝘴𝘵𝘢𝘳𝘪 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘊𝘶𝘭𝘵𝘶𝘳𝘢𝘭 𝘢𝘯𝘥 𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘌𝘹𝘤𝘩𝘢𝘯𝘨𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 (BICEP) dan 𝘍𝘪𝘳𝘦 𝘋𝘳𝘪𝘭𝘭.
.
Sekali lagi, pihak Kolej Kediaman Bestari mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudara Aiman dan selamat maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.
.
#JTK4thlah
#UMisOne