(6)0379673418 | (6)0379677269 bestari@um.edu.my

PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN) DI UNIVERSITI AWAM

Home / News

Assalamualaikum wbt.

PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN) DI UNIVERSITI AWAM

Dengan hormatnya saya di merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem iPPN ini telah dibangunkan bagi mengukur tahap patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Pembangunan sistem ini adalah selaras dengan Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu mengukuhkan sistem sokongan pembelajaran.

Justeru, semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 1 dan 3 Sesi 2018/2019 adalah DIWAJIBKAN untuk menjawab soal selidik yang terdapat di dalam sistem ini. Sistem ini boleh diakses oleh pelajar dan pentadbir IPT seperti ketetapan berikut :

Tempoh sistem dibuka: 16 - 25 Disember 2018
Tempoh                   : 10 hari
Laman sesawang    :
https://ippn.moe.gov.my/ippn/login.php

4.      Pelajar perlu menggunakan nombor kad pengenalan sebagai kata pengguna dan nombor matrik sebagai kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem. Pelajar juga perlu mencetak sijil perakuan selesai menjawab soal selidik dan menyerahkan sijil tersebut kepada pihak pentadbiran kolej  masing-masing. Mohon bantuan para Pengetua untuk sebarkan kepada penghuni2 kolej kediaman tuan/puan dan memastikan mereka menjawab sebelum/pada 25 Disember 2018 ini.

PELANJUTAN TEMPOH PERLAKSANAAN SISTEM PENILAIAN iPPN DI UNIVERSITI AWAM

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan bahawa, sistem ini menerima gangguan dan kelemahan pada capaian menyebabkan responden sukar untuk menjawab pada tempoh yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, sistem iPPN dilanjutkan tempoh menjawab sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Untuk makluman semua, sehingga 31/12/2018 peratusan keseluruhan responden menjawab adalah sebanyak 29% sahaja.

Sekian.

Terima kasih


Laman sesawang: https://ippn.moe.gov.my/ippn/login.php
Username: No kad pengenalan pljr
Password: No matrik pelajar

Sekian terima kasih.
#handinhand

 

Last Updated: 19/12/2018