• Alumni Engagement Centre
  • alumni@um.edu.my
  • 03-7967 7803
logo
logo

TAUTAN AIDILFITRI PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA MAHASISWA PAHANG (PAUTAN)

Apr 26, 2025
10.00 AM - 01.00 PM
Dewan Sri Tanjung Universiti Malaya


Pada 26 April 2025, Persatuan Alumni Universiti Malaya Mahasiswa Pahang (PAUTAN) dengan kerjasama Pusat Hubungan Alumni telah menganjurkan Tautan Aidilfitri PAUTAN 2025.

Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni ini berjaya menghimpunkan para alumni Universiti Malaya dari Pahang dalam satu pertemuan yang penuh nostalgia dan semangat kekeluargaan.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim sesama alumni, tetapi turut menyemarakkan semangat kebersamaan dalam meraikan bulan Syawal.